Friday 5 April 2013

Aku kira

Bismillahirrahmanirrahim

Aku kira kita punya cabaran masing masing dalam memanifestasikan iman kita
Aku kira dalam diri kita ada secebis ruang kosong mengharap Allah menunjukkan jalan

Kita manusia tidak punya apa apa melainkan apa yang di anugerahkan Nya
Maka beruntunglah mereka yang benar benar memanfaatkan nikmat Nya itu sebagai lambang bersyukur tidak terperi

Hakikatnya kita lemah
Maka kita perlu tahu kita punya Sang Pemberi Kekuatan

Benar
Dia lah yang mendatangkan ujian
Tidak lain tidak bukan untuk membolehkan kita menuju lebih dekat lagi kepada Nya
Manakah cinta lebih bernilai apabila Engkau mampu berada sedekat dekatnya seolah olah tiada sempadan dengan Pemberi Nikmat segala?

Menjadi terpilih tidak bermakna boleh meleweh
Menjadi terpilih memberi tanda kerja perlu dilipat gandakan

Senyumlah
Kerana Allah mahu kita membawa sesuatu berjumpa dengan Nya
Kerja kerja kita

Maka disini
Tanya pada diri

"Adakah aku telah bekerja?"
"Apa yang aku sudah lakukan?'
"Cukup atau tidak aku hendak bawa berjumpa dengan Tuhan aku?"

Kalau jawapan nya belum cukup memuaskan
Jangan gusar
Mulakan sekarang
Moga kita sama sama bersemangat membawa kerja kerja kita menghadapNya
Meraih cinta Nya Mendapat keberkatan dan ikhsan Nya

Kita punya Tuhan
Maka itulah sebagai motivasi kita untuk melangkah
Teruskan melangkah
Kerana Dia menuggu masa untuk berlari ke arah kita

:')

No comments:

Post a Comment