Monday 28 January 2013

Sepintas dari post Aiman Azlan

http://www.aimanazlan.com/2013/01/jemputan-saya-kepada-para-muslimah.html

Dahulu,
Aku antara orang yang mencari REAL ROLE MODEL
Pencarianku, ku kira berakhir bertemu dengan Fatimah Syarha
Mungkin ramai lagi di luar sana
Tetapi entah mengapa aku senang dengan karyanya
Dengan kefahaman addinnya

Aku bukan tidak bersekolah agama
Malah mendapat didikan agama sedari kecil
Mungkin sentuhan mereka berlainan dari jiwa aku
Maka aku terus mencari

Dan
Membaca post Aiman Azlan membuatkan aku untuk mengatakan ya
Perlunya muslimah tampil dalam masyarakat untuk masalah wanita

Allah memang ada,
Akan tetapi aku tidak menolak bahawa manusia juga perlukan sentuhan luaran disamping sentuhan dalaman.
Dan benar.
Sebagaimana kisah Rasulullah yang meminta Khadijah menyelimutkannya tika menerima wahyu menujukkan bahawa manusia juga memerlukan sentuhan luaran untuk memenangkan diri, yang akhirnya jua membawa kepada Allah

Dan
Aku pernah berada disituasi
Yang mana takut untuk meminta nasihat dari orang yang aku kenal
Mungkin takut dijudge atas tafsiran aku dan lain lain perkara
Atau mungkin takut disisihkan
Dan tika itu aku jumpa ini di blog seorang pemuitis yang selalu diundang bersama A Samad Said pada malam puisi riong -Fynn Jamal

aku mungkin bukan ibu kamu, kakak kamu, adik kamu, seseorang sesiapa untuk kamu.

tapi kalau sudah tidak lagi ada apa2 utk memberikan telinganya,
khabarkan sahaja.

aku ada.


Tidak, aku tidak mengemukan soalan apa apa padanya. Kerana aku telah pun bertemu solusinya selepas beberapa ketika
Cuma aku nak mengatakan being a muslimah means being complex
Kadang kadang kita terlalu risaukan benda yang tidak perlu kita risaukan
Kadang kadang kita terlalu memikirkan benda yang tidak perlu kia fikirkan
Dan benar, tika inilah lagi senang syaitan hendak menguasai

Aku percaya tika inilah kadang kadang kita perlukan seseorang
Tidak kira apa jua mediumnya
Untuk kita luahkan
Cukup sekadar luah sebenarnya wanita ini
Kemudian dia akan tenang sendiri

Dan biasanya kita tend untuk mencari seseorang yang kita anggap boleh dicontohi untuk kita kongsikan
Tetapi sayang, tidak banyak muslimat yang ada yang boleh dijadikan contoh tampil ke hadapan
Hinggakan mereka mereka atau kita kita tend untuk meluahkan kepada ikhwah yang tersedia

Teringat kata kata fatimah syarha apabila mencari wanita wanita yang sudi membawa usrah
Banyak jiwa yang dahaga
Cuma kita yang perlu bangkit menyumbang tenaga

Jadi,
Muslimat
Nak tunggu apa ya?


No comments:

Post a Comment