Monday 11 February 2013

Hikmah

Sedikit sedutan dari denyut kasih medik

"Satu pasangan dikhabarkan bakal menimang mata yang ketiga. Namun si isteri yang melalui tempoh kehamilan yang tidak menyenangkan seperti di tahan di wad sepanjang tempoh kehamilan kerana rahim yang tidak ukup kuat dan lain lain buat dua anak sebelum ini tidak gembira dengan kehamilan ketiga ini. Dia merancang untuk mengguggurkan kandungan ini secara semula jadi seperti dengan memakan nenas, minum air coke dan lain lain dengan harapan kandungan ini akan gugur.
Malah dia juga tidak menjalani pemeriksaan kerana tidak mahu ditahan semula keran kehamilan ini
Namun, takdir Allah maha hebat. Dia akhirnya ditakdirkan untuk melahirkan anak ketiganya itu meski tidak cukup bulan. Malang tidak berbau kerana ditakdirkan anak itu tidak cukup sifat dan akhirnya meniggal kerana tempoh pra matang. Rahim si ibu pula mengalami pendarahan yang teruk dan terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawanya atas saranan doktor. Sementara si suami menanti proses kelahiran dan pembuangan rahim, si anak anak (yang dua orang) telah diminta untuk pulang ke kampung bersama sama dengan si adik kepada ayah mereka. Malang sekali lagi, ketiga tiga mereka terlibat dan mati dalam kemalangan. Rupanya si ibu ditakdirkan mengandung anak ketiga kerana dia bakal hilang dua anak. Akan tetapi atas rasa terlalu emosi, kini mereka tidak akan beroleh zuriat mereka lagi. Mereka insaf dan kini mereka mengambil anak angkat untuk menemani mereka."

Seringkali,
Dalam hidup ini,
Kita memilih mengikut kehendak hati
Yang akhirnya memakan diri

Aku juga antara orang sebegini
Dan rasa bersalah ini
Aku rasa akan terus menjadi satu igauan buat diri

Tidak mudah untuk membetulkan silap
Aku cuma mampu berharap

Suatu benda tentang Allah ialah
Lagi banyak kita merayu lagi Dia suka
Lagi banyak kita minta lagi Dia suka
Lagi banyak kita mengadu lagi Dia suka
Sebab kita hamba

Lagipun
Takda orang sebaik Tuhan kita,
Yang masih mendengar meski cerita itu diulang ulang
Masih memberi peluang meski kita selalu lupa
Masih disisi dekat dengan kita walaupun kita selalu mencari bila kita ditimpa musibah

Entahlah
Aku cuma suka Tuhan aku
Kalian tidak?
Itu hak kalian
Tetapi agama ini, Tuhan ini
Terbaik buat aku.
Sebab aku
Perlukan Tuhan dalam hidup aku.

1 comment: