Wednesday 6 March 2013

Menjadi pembimbing

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti" - Petikan ayat ini saya petik dari blog seorang akhwat


Bukannya mudah untuk menjadi pembimbing. Bukannya mudah untuk mendasari ketaqwaan yang mantap dalam diri seseorang individu. Kalau mudah, masakan Rasulullah mengambil masa selama 13 tahun untuk memantapkan diri diri para sahabiah sebelum turunnya ayat al-Quran menyuruh Rasulullah berdakwah secara terbuka.

Saya suka mengambil kata bahawa Islam itu memudahkan umatnya.

Sebagai contoh:
Seseorang itu sudah terlibat dalam perbuhungan yang tidak didasari penjagaan ikhtilat dan taqwa, maka Islam menyediakan platform baginya untuk bernikah. Sekiranya tidak mampu, Islam menyuruhnya berpuasa agar melatih dirinya untuk menahan segala godaan nafsu (secara saintifiknya apabila berpuasa, badan akan keletihan dan minda lebih banyak bertumpu kepada pengeluaran tenaga yang mana tanpa kita sedar kita kurang melayan perasaan dari melayan keletihan.

Saya yang orang boleh klasifikasikan sebagai seorang yang ke anak anakan buat mereka yang baru kenal selain periang dan pembising pada satu masa suka melihat sekeliling untuk dijadikan iktibar. Mereka yang belum kenal saya akan merasa saya seorang yang lemau dan lain lain. 5 tahun duduk bermasyarakat bersama batch buatkan saya lebih faham penilaian manusia itu bagaimana :)

Ada orang yang dipilih menjadi 'pendidik' sangat longgar dalam pembawaan Islamnya. Sehinggakan pernah apabila ketiadaannya, saya bersama sama rakan rakan baiknya, mereka mencuit kepada kekasihnya "mana si dia? selalu join bersama, nanti merajuk pula. hari tu baru je marajuk kan?" Saya agak terkejut kerana kebiasaanya apabila bersama sama nya, kami seringkali di ingatkan agar masuk ke dalam Islam secara menyeluruh. Saya yang tidak pernah tahu akan kisah mereka sedikit terkejut. Dan Allah membuat saya banyak belajar. Kita kadang kala merasa boleh menutup segala perilaku akan tetapi apabila Allah berkehendakkan untuk membukanya, maka tanpa sengaja akan terbuka. Saya yang makin percaya bahawa sang pendidik perlu menujukkan contoh telah melihat sendiri anak anak binaanya agak longgar dalam bab menjaga ikhtilat dan saya amat memahami bagaimana pentingnya seorang murobbi atau pendidik perlu menunjukkan contoh.

Saya juga mengenali seseorang yang apabila dia atas jalan ini yang mana apabila dia telah teguh, dia memilih untuk memutuskan pertunangan kerana dia berpendapat terlalu banyak benda yang menghalang dia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan berjalan laju di atas jalan ini. Dan sungguh menakjubkan apabila saya melihat anak anak binaanya amat mantap sekali sehingga berjaya merubah pelbagai benda dengan kuasa seorang pemuda.

"Sampaikah kebenaran walaupun pahit"

"Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." - As shaff 2-3

Tak dapat buat rumusan.
Nanti sahaja. Perlu kerja.

No comments:

Post a Comment